awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut nahas dua kenderaan di Jementah

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2024
22:30 MYT
Wanita maut nahas dua kenderaan di Jementah
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Segamat
SEGAMAT: Seorang wanita maut apabila kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan lori treler di Jementah dekat sini, semalam.
Menurut Komander Operasi oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Zamri Uyob, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada jam 2.11 petang.
Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dengan kekuatan enam anggota bomba dihantar ke lokasi.
“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kemalangan jalan raya tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dengan lori treler.
“Pemandu kereta Perodua Kancil iaitu seorang wanita didapati tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas RTA.
“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya.
Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan tersebut.
Operasi ditamatkan sekitar jam 2.59 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lori treler
#Jementah
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan