awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut rumah dihempap pokok kelapa

Bernama
Bernama
25/09/2019
03:20 MYT
Wanita maut rumah dihempap pokok kelapa
Sebaik tiba di wad kecemasan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Seri Manjung pagi ini. - Gambar hiasan
Seorang wanita maut selepas rumahnya ditimpa pokok kelapa setinggi 15 meter yang tumbang di Jalan Matang Kurau, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis di sini, semalam.
Dalam kejadian 6 petang itu, Ramlah Sipar, 52, meninggal dunia sebaik tiba di wad kecemasan Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata kejadian berlaku semasa ribut berserta hujan lebat dan angin kencang.
Katanya berdasarkan keterangan anak mangsa, ibunya dikatakan sedang mengambil baju yang disidai di hadapan rumah yang berbumbung.
"Tiupan angin kencang telah menyebabkan satu pokok kelapa tumbang dan menghempap bumbung serta mangsa. Bomba telah sampai di tempat kejadian dan membantu memotong pokok dan mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Hanif berkata mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Pantai Remis sebelum dibawa ke wad kecemasan HSM dengan ambulans.
"Sebaik tiba di wad kecemasan mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik HSM pagi ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin kencang
#bomba
#Hospital Seri Manjung
#manjung
#maut
#menghempap bumbung
#meninggal dunia
#Muhammad Hanif Othman
#pokok kelapa
#pokok kelapa tumbang
#rumah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan