awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita melecur guna telefon ketika isi minyak

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2016
08:16 MYT
Wanita melecur guna telefon ketika isi minyak
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. - Gambar fail
Seorang wanita melecur 60 peratus badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak keretanya pada Selasa.
Kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Setapak Indah, kira-kira jam 1.25 petang.
Jurucakap bomba berkata, sebuah jentera bomba dari balai Wangsa Maju dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba berkenaan menemui seorang wanita dikenali sebagai T.Sarifhla, 25 tahun terbaring di kerusi belakang kereta berkenaan dalam keadaan badan melecur.
Siasatan awal bomba mendapati, kejadian itu dipercayai berpunca daripada penggunaan telefon bimbit ketika mengisi minyak.
Sementara itu, Pengurus Shell Setapak Indah, Muhd Haikal Kamaruddin berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun pihaknya segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sebaik sahaja ia berlaku.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Seorang wanita melecur 60 peratus badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak keretanya pada Selasa
#Taman Setapak Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan