awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita panik anak terperangkap dalam kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/06/2022
09:28 MYT
Wanita panik anak terperangkap dalam kereta
Seorang cemas apabila terlihat anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang sambil kereta terkunci dari dalam di Dataran Shahab, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, pada Isnin. - Gambar ihsan JBPM
ALOR SETAR: Seorang ibu yang baru kembali ke kereta selepas membeli makanan cemas apabila terlihat anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang sambil kereta terkunci dari dalam di Dataran Shahab, Jalan Datuk Kumbar di sini, pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di dalam kereta jenis Suzuki Swift sekitar pukul 7.11 malam.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dikejarkan ke lokasi memang terdapat seorang kanak-kanak perempuan tertidur hampir 30 minit di dalam kereta.
“Usaha mengejutkan mangsa dilakukan dengan mengoncang kereta dan mengetuk cermin namun gagal membangunkan mangsa.
“Anggota terpaksa membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas dan lima minit kemudian kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sesak nafas ataupun kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, kanak-kanak itu kemudiannya sedar dan diserahkan kepada ibunya.
Topic Berkaitan
#wanita panik
#anak terperangkap dalam kereta
#tidur dalam kereta
#Jalan Datuk Kumbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan