awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah, kereta dan van bertembung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/12/2019
15:19 MYT
Wanita parah, kereta dan van bertembung
Keadaan dua kenderaan yang bertembung sebelum kedua-duanya merempuh paip air. - JBPM
Seorang wanita cedera parah apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah van sebelum kedua-dua kenderaan itu melanggar paip air utama di Jalan Kuala Kangsar - Sungai Siput di sini, pada Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.11 malam.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace dan kereta jenis Proton.
Katanya, kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu merempuh paip air utama Lembaga Air Perak (LAP) di tepi jalan.
"Seorang penumpang wanita yang menaiki kereta Proton Iriz cedera parah akibat tersepit manakala pemandunya, juga seorang wanita tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, pemandu van, seorang lelaki tidak tersepit.
"Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dàn menyerahkannya kepada pihak ambulans," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta bertembung van
#Kuala Kangsar
#paip air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan