awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu

Bernama
Bernama
12/02/2025
12:15 MYT
Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Mangsa mengalami kecederaan parah pada semua jari hingga ke pergelangan tangan kanan. - Gambar/ APM
GEORGE TOWN: Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda, Jalan Tanjung Tokong di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal terus ke lokasi kejadian.
"Sebaik pasukan bomba tiba mendapati tangan wanita itu telah tersepit pada mesin memerah air tebu dan pihak kami telah berjaya mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan peralatan khas kurang daripada lima minit.
"Seterusnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada semua jari hingga ke pergelangan tangannya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital, bagi menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Shoki berkata keadaan mangsa dilaporkan stabil dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.49 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesin tebu
#kecederaan parah
#tangan tersepit
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan