awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2025
03:10 MYT
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Rakaman CCTV yang tular menunjukkan seorang wanita yang sedang mendukung anak kecil memukul seorang kanak-kanak sehingga dia terjatuh, kepala terhantuk pada bucu bangku dan berdarah.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita yang memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi, suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya di Jejawi sekitar pukul 11.30 malam tadi.
“Mangsa merupakan anak perempuan suspek berusia empat tahun dan dia didapati mengalami luka, berjahit di bahagian kening sebelah kanan.
“Kejadian disyaki berlaku di hadapan kaki lima sebuah pasar raya di Jejawi dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular, wanita terbabit yang mendukung seorang lagi kanak-kanak dilihat meluru ke arah budak perempuan tersebut sebelum memukulnya.
Dia kemudian menarik tangan kanak-kanak itu dan sekali lagi memukul bahagian belakang sehingga menyebabkan anak kecil berkenaan tersungkur ke lantai.
Kanak-kanak terbabit dilihat bangkit dan menangis sebelum wanita itu bertindak memukul lebih kuat di bahagian belakang badannya.
Pukulan itu mengakibatkan bahagian dahi atau mata kanak-kanak itu terhantuk pada bucu sebuah bangku di situ sehingga berdarah.
Topic Berkaitan
#wanita pukul anak
#kepala terhantuk
#wanita ditahan polis
#terhantuk bucu bangku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan