Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 47 tahun dipercayai pesakit pertama dijangkiti virus Zika di Singapura.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura yang dimaklumkan mengenai kes itu berkata oleh kerana dia tidak berkunjung ke kawasan-kawasan yang kes itu dilaporkan, dia mungkin telah dijangkiti di Singapura.
Wanita itu tinggal di Blok 102 Aljunied Crescent dan bekerja di Singapura.
"MOH dan NEA sedang bekerjasama untuk menjalankan kawalan vektor dan pemeriksaan ke atas penduduk yang mengalami demam dan ruam bagi mengurangkan risiko terus merebak," kata Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya menasihatkan mereka mereka yang mempunyai tanda-tanda ini supaya menemui doktor untuk rawatan. Kami juga telah memaklumkan klinik-klinik kami di kawasan tersebut untuk mengenal pasti kes-kes yang disyaki dan merujuknya kepada Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) untuk ujian."
Menurut MOH dan NEA, pesakit mengalami demam, ruam dan konjunktivitis sejak 25 Ogos.
Dia menemui pengamal am (GP) pada 26 Ogos dan dirujuk ke CDC di Hospital Tan Tock Seng apabila ujian yang dijalankan mendapati dia positif Zika pada 27 Ogos.
Dia telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian di CDC dan kini semakin baik dan pulih.
MOH dan NEA berkata memandangkan kes Zika dilaporkan di rantau ini dan kekerapan perjalanan oleh warga Singapura serta pelancong, adalah tidak dapat dielakkan kes import Zika dilaporkan di Singapura.
Ada juga risiko jangkitan berlaku di republik itu kerana vektor nyamuk Aedes terdapat di sini.
Ketika MOH dan NEA telah meningkatkan langkah berjaga-jaga, adalah dijangka lagi kes Zika mungkin dilaporkan kerana kebanyakan pesakit yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda, kata kenyataan itu.
MOH sedang mengenal pasti mereka yang dikunjungi oleh pesakit termasuk anggota keluarga dan menjalankan ujian Zika ke atas orang lain yang tinggal dan bekerja di kawasan itu yang mengalami demam dan ruam.
Ketika ini, tiga lagi kes hyang disyaki dua dari keluarga yang tinggal di kawasan tersebut dan seseorang individu telah disahkan positif berdasarkan sampel air kencing.
Mereka masih menunggu ujian pengesahan seterusnya, kata kenyataan itu.
Sebagai langkah tambahan, semua kes jangkitan virus Zika yang disyaki akan diasingkan sementara menunggu pengesahan keputusan ujian darah, kata kenyataan itu.
Bernama
Sat Aug 27 2016
Gambar fail menunjukkan pasukan pembasmi naymuk melakukan rutin 'fogging' di Brazil tidak lama dahulu. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.