awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi lebih setengah juta ringgit akibat terperdaya pelaburan saham di Facebook

Bernama
Bernama
14/01/2024
03:30 MYT
Wanita rugi lebih setengah juta ringgit akibat terperdaya pelaburan saham di Facebook
Mangsa diarah memuat naik sebuah aplikasi dan memberi maklumat peribadi bagi tujuan pendaftaran.
JOHOR BAHRU: Seorang wanita tempatan kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata wanita berusia 54 tahun itu memberitahu dia berurusan dengan seorang wanita dari China menerusi aplikasi WhatsApp, selepas menekan link pautan Facebook tawaran pelaburan saham tersebut pada Oktober lepas.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diarahkan memuat naik sebuah aplikasi dan memberi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat akuan bank bagi tujuan pendaftaran.
"Mangsa yang berminat, telah memasukkan wang berjumlah RM314,000 ke dalam tiga akaun bank syarikat yang berbeza secara berperingkat.
"Mangsa kemudian membuat semakan menerusi akaun di dalam aplikasi tersebut dan mendapati telah memperoleh keuntungan sebanyak RM2.03 juta. Namun, mangsa telah diminta untuk membayar sebanyak RM240,000 jika ingin mengeluarkan keuntungan tersebut," katanya pada kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa sehingga kini tidak memperoleh sebarang keuntungan selepas wanita warga asing tersebut memberitahu bahawa akaun mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan keuntungan tidak boleh dikeluarkan.
Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan serta membuat semakan dengan pihak berkuasa jika mempunyai sebarang keraguan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#pelaburan saham
#kerugian
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan