awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan

Azee Shafy
Azee Shafy
10/01/2023
03:19 MYT
Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan
Afika Abu Bakar yang mengalami kontraksi kelahiran pramatang dan memerlukan rawatan segera di hospital diterbangkan dari Pulau Tioman, Rompin ke ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, pada Isnin. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
KUANTAN: Seorang wanita sarat mengandung yang mengalami komplikasi diterbangkan dari Pulau Tioman, Rompin ke ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, pada Isnin.
Wanita berkenaan, Afika Abu Bakar, 22 mengalami kontraksi kelahiran pramatang dan memerlukan rawatan segera di hospital serta dijangka bersalin awal.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima panggilan dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya kira-kira pukul 6.20 petang dalam usaha memindahkan pesakit ke hospital untuk pembedahan.
Katanya, pihaknya melakukan penerbangan ihsan dan membawa wanita itu menggunakan helikopter jenis Agusta AW139 milik Maritim Malaysia.
"Wanita itu telah diterbangkan dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman sekitar pukul 8.50 malam dan mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan (TUDM) lebih kurang pukul 9.15 malam sebelum ke HTAA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penerbangan diketuai juruterbang, Leftenan Komander Maritim, Tengku Zamel Tengku Zalwai, dibantu pembantu juruterbang Leftenan Komander Maritim, Muhammad Mahathir Ahmad serta dua kru udara.
Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan ini ialah suami, seorang pegawai perubatan dan seorang jururawat.
Katanya, bantuan penerbangan ini seperti ini bergantung kepada keadaan aset Maritim Malaysia, namun, keutamaan diberikan kepada bidang penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk keperluan bantuan semasa banjir di negeri-negeri yang terjejas khususnya di Pantai Timur.
"Bagaimanapun, Maritim Malaysia juga akan tetap berusaha sedaya upaya untuk membantu dalam situasi ini.
"Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999," ujarnya.
Topic Berkaitan
#wanita sarat mengandung
#penerbangan ihsan
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan