awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita suspek curi barang kemas RM10,000 diburu polis

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
23/01/2020
09:52 MYT
Wanita suspek curi barang kemas RM10,000 diburu polis
Rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang mencuba rantai emas di sebuah kedai emas di Pasar Besar Siti Khadijah. - PDRM
Seorang wanita diburu selepas dipercayai mencuri di sebuah kedai emas di Pasar Besar Siti Khadijah, membabitkan kerugian hampir RM10,000.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang Rabu, hanya pemilik kedai dan pelanggan wanita berusia 20-an itu berada di dalam kedai berkenaan.
Katanya, pada awalnya, suspek dipercayai menyamar datang ke kedai emas itu untuk menjual gelang tangan miliknya bagi membeli barangan kemas yang baharu. Setelah beberapa kali mencuba (barang kemas baharu), suspek kemudiannya menyerahkan kembali kepada pemilik kedai untuk disimpan di dalam almari pameran.
"Bagaimanapun, ketika pemilik kedai sedang leka dan pada masa sama almari pameran itu juga tidak berkunci, suspek kemudiannya mengambil seutas rantai emas yang dianggarkan seberat 42.78 gram (g).
"Selepas wanita itu beredar, mangsa menyedari seutas gelang tangan di kedainya hilang dan mengesyaki pelanggan yang datang itu mengambilnya.
"Mangsa kemudiaannya cuba memanggil wanita itu, namun dia terus melarikan diri," katanya.
Ketika kejadian, suspek berpakaian blaus berwarna ungu gelap dan tudung bercorak bunga serta seluar berwarna kelabu.
Beliau berkata, mangsa yang menyedari kehilangan barang kemas di kedai miliknya dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada hari yang sama untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pihak polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu atau mana-mana balai berhampiran.
Topic Berkaitan
#curi barang kemas
#pasar besar siti khadijah
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan