awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera

Bernama
Bernama
27/07/2022
08:08 MYT
Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera
Menurut Mior Faridalathrash, penahanan terhadap teman lelakinya itu merupakan anggota polis luar negeri Perak yang dalam tahanan kerja, dilakukan di Sungai Siput. - Gambar fail
PANGKOR: Seorang wanita dan teman lelakinya direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang disyaki didera dalam satu kejadian di Sungai Siput, Isnin lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata perintah reman bermula semalam sehingga Isnin depan terhadap wanita bersama teman lelakinya, kedua-duanya berumur 30 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Penahanan terhadap teman lelakinya itu yang merupakan anggota polis luar negeri Perak yang dalam tahanan kerja, dilakukan di Sungai Siput.
"Wanita tersebut merupakan jururawat persendirian dan telah bercerai dengan suaminya enam bulan lepas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Pulau Pangkor di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menurutnya, terdapat kesan kecederaan baru dan lama pada tubuh bayi tersebut dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca dan tempoh kecederaan.
BACA: Bayi lelaki lapan bulan maut disyaki didera
Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilaporkan berkata polis menerima maklumat berkaitan kematian bayi itu kira-kira 7.15 pagi Isnin lepas semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
Sementara itu, Mior Faridalathrash berkata 30 pegawai dan anggota termasuk dua orang kakitangan awam ditugaskan di Balai Polis Pulau Pangkor, pulau yang terkenal sebagai pusat pelancongan.
Menurutnya, langkah ini antara lain bagi memastikan keselamatan masyarakat setempat, pengunjung dan pelancong terus dipertingkatkan dalam menggalakkan sektor pelancongan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera bayi
#bayi meninggal dunia
#Sungai Siput
#direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan