Seorang wanita maut manakala adik dan anaknya cedera parah selepas kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar pokok sebelum terbabas ke dalam parit di Jalan Salim-Stabau di sini pada pagi Jumaat.
Dalam kejadian pada jam 11.24 pagi itu, mangsa, Christina Umie Jalin, 25, berasal dari Rumah Panjang Tedong Ulu Tuah, Kanowit meninggal dunia dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, Christina yang memandu kereta bersama adik perempuannya, Gelim Jalin, 20, dan anak lelakinya, Chester Daniele, dua tahun dalam perjalanan dari Durin menuju ke pusat bandar apabila kemalangan berlaku.
"Tiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum melanggar pokok dan terbabas masuk ke dalam parit di tepi jalan.
“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Adik perempuan mangsa turut mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri, manakala anaknya turut cedera dan mengalami luka di bahagian kepala.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat dan polis masih menyiasat lanjut punca kemalangan.
Angelina Sinyang
Fri Jan 10 2020

Mangsa meninggal dunia dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan polis

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 peratus berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

Vaksin COVID-19 | Ketegangan antara Astrazeneca dan EU berterusan
Ketegangan antara Kesatuan Eropah dan Astrazeneca kian meningkat selepas pengeluar vaksin COVID-19 itu terus mempertahankan diri daripada tuntutan mengingkari perjanjian dalam pengedaran vaksin. Ketua Eksekutifnya, Pascal Soriot mendakwa, pengagihan kepada blok 27 negara itu adalah sasaran dan bukanlah satu bentuk komitmen.

COVID-19 Global | New Zealand catat 2 kes tambahan dalam komuniti
New Zealand yang menerima pujian kerana kecekapan dalam mengendalikan pandemik COVID-19, kini mula mencatatkan kembali kes penularan dalam komuniti. Tambahan dua kes positif COVID-19 varian afrika selatan melibatkan seorang dewasa dan anaknya itu dipercayai dijangkiti di tempat kuarantin bagi pesakit pertama hujung minggu lalu.

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari... Dia sering datang ke Pusat Internet Komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

Perayaan Thaipusam: Pihak berkuasa mengawal rapi sambutan di Sg Petani
28 anggota polis ditempatkan di Kuil Sri Subramaniam, Sungai Petani ketika perayaan thaipusam bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, berdasarkan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya lima orang saja dibenarkan berada di kuil sepanjang perayaan itu berlangsung.

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Seorang kakitangan awam berputih mata apabila duit pinjaman dan simpanannya lesap sekelip mata selepas diperdaya sindiket Macau Scam. Mangsa wanita berusia 46 tahun itu bekerja sebagai pembantu tadbir amanah kerugian RM125,498.25 selepas ditipu anggota sindiket yang mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rasuah | Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Usaha membudayakan integriti dan memerangi rasuah tidak sepatutnya dilakukan secara bermusim. Memetik kupasan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menerusi portal Sinar Harian, beliau menegaskan usaha itu harus berterusan dan berulang kali.

APM | Graduan universiti digalak sertai APM
Golongan belia dan graduan universiti di Kedah dipelawa untuk menyertai angkatan pertahanan awam memandangkan pasukan itu memerlukan lebih 1,000 anggota tahun ini sebagai tambahan kepada keanggotaan sedia ada. Menurut Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (Pa) Awang Askandar Ampuan Yaacob, pihaknya mencari anggota yang berkualiti dan mereka akan diberi latihan, pakaian seragam serta dibayar elaun mengikut kiraan tugas setiap hari.

Susah dapat kerja? Ini 10 dapatan tinjauan Robert Walters
Majikan mahu calon yang berpengetahuan luas termasuk pemahanan mendalam tentang interaksi ruang digital dalam industri mereka.

Wanita terbunuh, anak dan adik cedera parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut manakala adik dan anaknya cedera parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terlanggar pokok.