Polis hari ini mengesahkan wanita 36 tahun yang maut pagi Khamis di Berjaya Times Square telah membunuh diri.

Mengikut ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, si mati, Choo Czek Yeng, mempunyai rekod perubatan yang menunjukkannya kurang waras.

Ini dipercayai menjadi punca tindakan beliau untuk melompat.

"Walaupun tidak ada kamera CCTV, saksi telah menyatakan kepada pegawai polis mereka melihat si mati terjun sendiri," kata Zainuddin.

Pada Khamis, Choo telah dilihat berdiri sepanjang pagar tingkat keenam pusat membeli-belah sebelum dia menghempas ke tingkat bawah.

Kematian si mati telah menarik perhatian pengguna media sosial dan "Berjaya Times Square" menjadi topik hangat di Twitter.