Skip to main content

Malaysia

Wanita tertua di Malaysia meninggal dunia

51493382540_PuanAhmad.jpg
Puan Ahmad yang dipercayai individu tertua di negara ini meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 121 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kampung Bendahara, Kodiang, Kedah sekitar jam 1.30  tengah hari tadi.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Puan dikatakan tidak lalu makan sejak 20 hari lalu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4 di Kampung Bendahara selepas solat Isyak.

Advertisement

Must Watch Video