KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang tular menerusi media sosial baru-baru ini kerana disyaki mencuri kad debit ibu saudara tirinya dan mengeluarkan RM8,200 untuk membeli telefon pintar jenama iPhone 14 Pro, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini.
Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.
Mengikut pertuduhan utama, wanita yang tidak bekerja itu didakwa mencuri kad debit Nor Farah Hanim Mohd Alias, 26, serta mengeluarkan wang RM8,200 di sebuah pangsapuri di Chow Kit di sini pada 23 dan 24 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duannya, jika sabit kesalahan.
Nur Humaira juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan curangnya menyalahgunakan wang RM8,200 milik mangsa (Nor Farah Hanim) yang dikeluarkan dari akaun bank tanpa pengetahuan mangsa pada tempat dan tarikh sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Nur Humaira diikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan mengenai penahanan seorang wanita kerana disyaki mencuri RM8,200 dari akaun bank ibu saudara tirinya untuk membeli iPhone 14 Pro Max serta barang kemas menggunakan duit yang dicuri.
Perbuatan tertuduh kemudian tular menerusi media sosial selepas mangsa melahirkan rasa terkilan apabila layanan baik yang diberikan kepada anak saudara tirinya itu dibalas dengan cara sedemikian (mencuri).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Wanita tular curi kad debit ibu saudara tiri didakwa
Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.