awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO kutip lebih RM261,000 untuk wang ikat jamin Najib

Bernama
Bernama
08/07/2018
21:51 MYT
Wanita UMNO kutip lebih RM261,000 untuk wang ikat jamin Najib
NORAINI: Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita UMNO.
Pergerakan Wanita UMNO pada Ahad menyerahkan hasil kutipan sumbangan berjumlah RM261,286 serta dua utas gelang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menyediakan wang ikat jamin yang perlu dibayar pada Isnin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu.
Ia dikumpulkan oleh anggota Wanita UMNO di seluruh negara, kata ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita UMNO untuk membantu Datuk Seri Najib," katanya.
Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Najib mengaku tidak bersalah
BACA: Kes Najib: Perbicaraan ditetapkan Februari 2019
Beliau dibebaskan selepas dua anaknya membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan mahkamah. Ia turut membenarkan bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar pada hari pendakwaan dan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikat jamin
#Ketua Pergerakan Wanita
#Mahkamah Tinggi
#Najib Razak
#noraini ahmad
#wang
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan