awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga asing antara empat ditahan bersama dadah bernilai RM 2 juta

Bernama
Bernama
03/01/2026
13:30 MYT
Wanita warga asing antara empat ditahan bersama dadah bernilai RM 2 juta
Azizee berkata saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah dan semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah serta dadah. - Gambar Polis Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing serta merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM 2 juta dalam dua serbuan di sekitar bandar raya ini, antara 1 petang semalam hingga 2 pagi ini.

Ringkasan AI
  • Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing serta merampas dadah bernilai RM2 juta dalam serbuan di Pulau Pinang.
  • Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk MDMA, ketamin, dan pil ekstasi.
  • Keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh lebih 50,000 orang, sementara suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah terdahulu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata dalam serbuan pertama oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang dilakukan hasil maklumat dan risikan itu, seorang lelaki tempatan serta seorang wanita asing dipercayai berperanan sebagai "runner" ditahan.
"Hasil soal siasat telah membawa polis ke sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan yang sama dan pemeriksaan menemukan sebuah beg berzip yang di dalamnya terdapat lima plastik berwarna hijau, hitam dan biru mengandungi 156 peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dianggarkan seberat 2,507 gram.
"Turut dirampas beg berwarna kuning mengandungi 118 peket plastik serbuk disyaki MDMA seberat 2,323 gram, beg berzip bertulis "Blackout" berisi 64 peket plastik bertulis "Cadbury" disyaki MDMA seberat 2,140 gram, serta beg berzip berwarna putih mengandungi 203 peket plastik putih dan hijau disyaki MDMA seberat 2,723 gram," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, beliau berkata polis turut menemui sebuah kotak bertulis "Tang" yang mengandungi 120 peket plastik bertulis "Lychee", masing-masing berisi serbuk disyaki MDMA dengan anggaran berat keseluruhan 2,458 gram.
Azizee memaklumkan rampasan lain melibatkan 41 peket plastik berisi serbuk putih disyaki ketamin seberat 51.40 gram, satu peket plastik lut sinar mengandungi 30 biji pil disyaki dadah jenis ekstasi seberat 12.60 gram serta satu papan aluminium foil berisi 10 biji pil disyaki Erimin 5 seberat 3.30 gram.
Beliau berkata hasil soal siasat lanjut ke atas suspek membawa kepada penahanan dua lagi lelaki tempatan yang merupakan rakan sejenayah yang turut berperanan sebagai "runner" di sekitar George Town.
"Hasil risikan mendapati sindiket ini aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak Julai tahun lepas dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan lebih 50,000 orang," katanya.
Beliau berkata saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah dan semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah serta dadah.
Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketamin
#warga asing
#sindiket
#rekod lampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan