awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman - Polis

Bernama
Bernama
12/04/2017
15:52 MYT
Wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman - Polis
Wanita itu ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan darah di kepala pada kira-kira 3.30 petang oleh anaknya seorang guru yang baru pulang ke rumah. - Gambar hiasan
Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di bahagian dapur rumahnya di Kampung Mengkebang di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata wanita itu Rokiah Mamat, 61, dipercayai menjadi mangsa samun berikutan keadaan di dalam rumah yang berselerak.
Wanita itu ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan darah di kepala pada kira-kira 3.30 petang oleh anaknya seorang guru yang baru pulang ke rumah, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Abdullah berkata mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ketika ditemukan oleh anaknya yang berusia 30-an itu dan menurutnya ketika kejadian mangsa bersendirian di rumah itu.
"Berdasarkan kesan darah, mangsa kemungkinan dibunuh pada kira-kira pukul 11 pagi," katanya dan menurutnya mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Supt Abdullah Roning
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan