awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warden penjara maut dirempuh lori simen

Bernama
Bernama
16/05/2025
03:00 MYT
Warden penjara maut dirempuh lori simen
Sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah sama yang dipercayai mengalami masalah brek cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap merempuh motosikal mangsa dan menggilis mangsa. - Gambar ihsan IPD Melaka Tengah
MELAKA: Seorang warden penjara berpangkat sarjan maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat di Sungai Udang di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, dalam kejadian 5.50 petang itu, mangsa Amal Nurlidar Ghazali, 42, yang bertugas di Penjara Dusun Datuk Murad, Ayer Keroh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kaki, anggota badan dan muka.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lori simen yang dalam perjalanan dari Bukit Rambai menuju Masjid Tanah itu mengalami masalah brek.
"Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz sedang berhenti di lampu isyarat.
"Sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah sama yang dipercayai mengalami masalah brek cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap merempuh motosikal mangsa dan menggilis mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Lori simen dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi pemeriksaan kerosakan manakala ujian saringan air kencing terhadap pemandu didapati negatif dada," katanya sambil menambah permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warden penjara maut
#kemalangan
#dirempuh lori simen
#Sungai Udang Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan