NATIONAL
Warga asing cuba cabul kanak-kanak perempuan ditahan

Lelaki ditahan selepas cuba melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak di Tawau. -Sinar Harian
TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba membuat gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah rumah di daerah ini pada Isnin.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Tawau.
- Suspek diupah untuk mengupas kelapa dan mengambil kesempatan ketika mangsa bersendirian di rumah, namun mangsa berjaya melarikan diri.
- Suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.
"Suspek dikatakan memanggil mangsa melalui pintu di dapur dan apabila mangsa membuka pintu, suspek meluru masuk ke dapur dan memintanya membuka pakaian seragam sekolah.
"Mangsa yang terkejut dan ketakutan terus melarikan diri melalui pintu hadapan dan menunggu ibunya di rumah jiran berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau segera ke lokasi dan berjaya menahan suspek.
"Hasil pemeriksaan, suspek berusia 31 tahun didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah untuk menetap di negara ini.
"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami