awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing direman tujuh hari, bantu siasatan kes bunuh gelandangan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/07/2021
09:00 MYT
Warga asing direman tujuh hari, bantu siasatan kes bunuh gelandangan
Suspek juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod perjalanan yang sah, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid.
PETALING JAYA: Seorang warga asing berusia 40 tahun direman selama tujuh hari bermula Ahad selepas didapati membunuh seorang gelandangan di kawasan semak sekitar Kota Damansara pada Sabtu jam 2.50 petang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah itu ditemui jirannya apabila pulang dalam keadaan cedera dan berlumuran darah.
Hasil siasatan terhadap suspek telah membawa kepada penemuan mayat di lokasi kejadian dengan kesan tetakan di kepala.
“Pemeriksaan di tempat kejadian dengan dipandu suspek telah menemui sebilah sabit dipercayai senjata digunakan suspek untuk menetak mangsa.
“Siasatan mendapati mangsa merupakan gelandangan yang tinggal di sebuah pondok di kawasan semak tersebut,” katanya pada satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohamad Fakhruddin, hasil semakan bagaimanapun mendapati mangsa mempunyai satu rekod jenayah melibatkan kes kecurian motosikal manakala suspek tidak mempunyai sebarang rekod.
Setakat ini, polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Petaling Jaya
#gelandangan
#ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamidhmad
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan