awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing diserang Papagomo sedang dikesan - KPN

Bernama
Bernama
08/02/2016
23:26 MYT
Warga asing diserang Papagomo sedang dikesan - KPN
KHALID: Tiada sesiapa pun boleh mendahului undang-undang. Bukan sahaja warga asing, binatang pun tidak boleh dipukul. - Gambar fail
Polis sedang mengesan individu yang diserang oleh penulis blog Papagomo bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu baru-baru ini.
Serangan itu terakam dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral di media sosial.
Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengulas tindakan menyerang individu berkenaan, dipercayai warga Pakistan.
BACA: Papa Gomo akan disiasat dalam kes video viral belasah pekerja asing - Polis
BACA: Belasah pekerja asing: Takkan nak biar benda tak elok jadi kat adik aku? - Papagomo
Khalid berkata, "Tiada sesiapa pun boleh mendahului undang-undang. Bukan sahaja warga asing, binatang pun tidak boleh dipukul.
"Kalau betul lelaki dalam video itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya, Papagomo perlu membuat aduan. Negara kita ada undang undang,” kata Khalid di sini, pada Isnin.
Baru-baru ini, satu rakaman video diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar, menumbuk dan menendang seorang lelaki kerana dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya.
Terdahulu, Khalid menyempurnakan majlis penutup Kursus "Training of Trainers, Bahaya Militan Islamic State" yang disertai 50 peserta termasuk pensyarah universiti, ahli akademik dan pegawai kerajaan.
Topic Berkaitan
#kesan
#Khalid Abu Bakar
#Papagomo
#polis
#video
#viral
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan