awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing maut kebakaran bengkel kereta

Bernama
Bernama
27/04/2023
02:15 MYT
Warga asing maut kebakaran bengkel kereta
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bengkel kereta di Seksyen 16, Shah Alam pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Seorang pekerja bengkel warga asing maut dalam satu kebakaran di sebuah bangunan bengkel kereta di sekitar Seksyen 16, di sini, awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan kebakaran yang disedari berlaku di sebuah bengkel kereta pada 5.56 pagi.
Beliau berkata, bangunan bengkel tersebut merupakan bangunan dua tingkat dan mangsa seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tersebut yang tidak dapat menyelamatkan diri dijumpai di tangga bangunan berkenaan.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bangunan tersebut telah musnah sepenuhnya akibat kebakaran dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kejadian - BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing maut
#kebakaran
#bengkel kereta terbakar
#Seksyen 16 Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan