awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan

Bernama
Bernama
03/06/2024
11:50 MYT
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Suspek disyaki terlibat melakukan rompakan dengan senjata terhadap seorang mangsa wanita berusia 55 tahun yang merupakan pemandu e-hailing. - Gambar hiasan
SIBU: Polis menahan seorang lelaki warga asing di Jalan Ling Kai Cheng di sini semalam, disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di bandar ini Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek warganegara Indonesia berumur 18 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada 1.30 tengah hari.
"Suspek disyaki terlibat melakukan rompakan dengan senjata terhadap seorang mangsa wanita berusia 55 tahun yang merupakan pemandu e-hailing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulkipli berkata kejadian rompakan itu berlaku ketika mangsa mengambil suspek di Jalan Teku - Jalan Pasai Siong di sini, untuk dihantar ke sebuah lokasi berhampiran kira-kira 4.30 pagi, 30 Mei lepas.
"Selepas memasuki kereta, suspek secara tiba-tiba mengacukan pisau ke leher mangsa, namun wanita itu berjaya melepaskan diri dan berlari keluar meninggalkan keretanya," katanya dan menambah suspek kemudian bertindak melarikan kereta serta barang-barang berharga milik mangsa.
Zulkipli berkata mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan keretanya ditemukan mengalami kemalangan tidak jauh dari lokasi kejadian.
Beliau berkata polis telah memperoleh perintah mahkamah untuk mereman suspek hingga 17 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan senjata sehingga menyebabkan kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#rompak wanita
#pemandu e-hailing
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan