awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPN teliti cadangan angkat Baba Nyonya, Chetti sebagai ikon perpaduan negara
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Bangladesh maut dipanah petir di Raub

Bernama
Bernama
09/09/2025
01:10 MYT
Warga Bangladesh maut dipanah petir di Raub
Siasatan awal polis mendapati, mangsa yang beralamat di Kuala Lumpur datang menziarahi adiknya yang bekerja di Raub dan tinggal di rumah kongsi tapak projek di situ.
KUANTAN: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dipercayai akibat dipanah petir berhampiran sebuah tapak projek di Kuala Atok, Raub pada semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan pada 7.30 malam dan mangsa dikenali sebagai Md Shahangir, 37.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat di Kuala Lumpur datang menziarahi adiknya yang bekerja di tapak projek terbabit dan tinggal di rumah kongsi di situ.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa keluar mencari adiknya di kawasan berhampiran tapak projek dan pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan koyakan pada kaki seluar mangsa di sebelah kiri disyaki akibat panahan petir," katanya dalam kenyataan.
Lelaki itu dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Kuala Lipis sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raub pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut dipanah petir
#Raub
#warga Bangladesh
#tapak projek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan