KOTA BHARU: Akibat motosikal rosak dan tidak mahu menangguhkan suntikan vaksin COVID-19, seorang warga emas sanggup berjalan kaki kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Pasir Hor, di sini untuk mendapatkan suntikan itu di Kompleks Balai Islam, Lundang, minggu lepas.
Siti Meriam Sulong, 76, seorang ibu tunggal berkata, beliau tetap bersemangat walaupun terpaksa berjalan kaki hampir tiga jam untuk ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut pada Selasa lalu (1 Jun), selepas motosikal milik anaknya Suhaimi Husin, 42, rosak.
Katanya, pada awalnya beliau sepatutnya menerima suntikan dos pertama bulan lepas, namun terpaksa menolak janji temu itu disebabkan masalah pengangkutan.
"Pada hari janji temu motosikal anak saya sekali lagi rosak, namun saya tetap menggagahkan diri untuk ke lokasi PPV dengan berjalan kaki, kerana tidak mahu menangguhkannya buat kali kedua.
"Saya keluar rumah pada jam 10 pagi untuk mendapatkan suntikan vaksin, memandangkan janji temu saya sekitar 1.30 petang dan saya tiba di Kompleks Balai Islam Lundang, pada jam 1 petang," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pasir Hor, di sini hari ini.
Ibu kepada empat orang anak yang berusia antara 42 hingga 50 itu berkata, sebaik tiba di Kompleks Balai Islam Lundang itu, beliau meminta kebenaran jururawat bertugas untuk berehat terlebih dahulu.
"Sebaik tiba, petugas memaklumkan sudah tiba giliran sebelum saya meminta izin untuk berehat seketika, untuk menghilangkan rasa penat dan keletihan kerana berjalan jauh.
"Malah petugas yang bertugas di PPV berkenaan juga telah membantu menempah 'grab car' dan juga membayarnya untuk menghantar saya pulang ke rumah, selepas menerima suntikan itu," katanya.
Siti Meriam berkata, beliau tidak mahu menyusahkan dua anaknya yang tinggal bersama kerana mereka mempunyai masalah kesihatan, selain dua orang lagi menetap di luar Kelantan.
Bercerita lanjut, Siti Meriam berkata cucunya Roshanani Bakri, 29, yang menetap di Kuala Lumpur telah membantunya mendaftar sebagai penerima vaksin di aplikasi MySejahtera.
"Sehari sebelum janji temu itu, cucu saya menelefon memberitahu mengenai janji temu tersebut selain turut menyuruh saya ke PPV berkenaan untuk menerima suntikan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sudah berjaya menerima suntikan vaksin dos pertama ini, memandangkan golongan seperti saya wajar disuntik bagi mengelak wabak COVID-19 yang mudah dijangkiti dalam kalangan warga emas," katanya yang akan menerima dos kedua pada 22 Jun nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021
Siti Meriam Sulong, 76, menunjukkan kad peringatan vaksinasi ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pasir Hor hari ini. - Foto BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.