awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas antara lima ditahan seludup mercun, rokok RM1.38 juta

Bernama
Bernama
08/05/2021
05:29 MYT
Warga emas antara lima ditahan seludup mercun, rokok RM1.38 juta
PGA percaya pihaknya berjaya memutuskan satu rangkaian pengedaran mercun dan rokok seludup di kawasan berkenaan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang warga emas antara lima lelaki yang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana dipercayai menyeludup mercun dan rokok dengan nilai keseluruhan lebih RM1.38 juta dalam tiga serbuan berasingan iaitu di Pasir Gudang, Muar dan sekitar daerah ini, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Supt Dimin Awang berkata, hasil tangkapan dan rampasan terhadap kesemua mereka yang berumur lingkungan 33 hingga 64 tahun itu dipercayai berjaya memutuskan satu rangkaian pengedaran mercun dan rokok seludup di kawasan berkenaan.
"Tangkapan pertama pada 10 pagi melibatkan dua individu berumur 39 dan 42 tahun serta merampas 157 kotak mercun pelbagai jenis selain sebuah kenderaan jenis Nissan Terrano yang disyaki digunakan dalam sindiket itu di sebuah premis di Jalan Perjiranan, Taman Air Biru, Pasir Gudang dengan jumlah keseluruhan RM115,318.
"Sejam kemudian, pada 11 pagi, dua individu berumur 33 dan 37 tahun ditangkap serta 363 kotak dan guni mercun pelbagai jenis selain sebuah kenderaan jenis lori dirampas di sebuah premis di Jalan Putera 6, Taman Putera Indah, Muar dengan jumlah keseluruhan RM352,350," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dimin berkata sejurus selepas itu, pada 12.30 tengah hari seorang individu berumur 64 tahun ditahan dan 5,000 karton rokok pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai Kastam serta sebuah kenderaan jenis Toyota Unser turut dirampas di sebuah premis beralamat di Jalan Silat Cekak, Taman Selesa Jaya, Skudai dengan jumlah keseluruhan RM913,000.
Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Muar dan Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mercun
#rokok
#seludup
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
#Pasir Gudang
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan