awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas antara tiga maut dalam kemalangan

Bernama
Bernama
06/03/2024
07:22 MYT
Warga emas antara tiga maut dalam kemalangan
Kemalangan itu melibatkan sebuah treler jenis Scania dan tiga buah kereta iaitu jenis Perodua Myvi, Perodua Alza dan Honda Civic. - Gambar/ JBPM
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang di Taman Permas Jaya di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II M Haridas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.41 malam tadi dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Balai Johor Jaya, dibantu FRT dan EMRS dari BBP Tebrau dengan kekuatan sembilan anggota digegaskan ke tempat kejadian.
Beliau berkata kemalangan itu melibatkan sebuah treler jenis Scania dan tiga buah kereta iaitu jenis Perodua Myvi, Perodua Alza dan Honda Civic.
"Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta Honda Civic iaitu G Murugan, 45, dan (penumpang) wanita warga emas berusia 73 tahun M Kullamah manakala mangsa ketiga ialah pemandu kereta Perodua Alza Chong Chee Ping, 46," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat sementara pemandu Perodua Myvi berusia 40-an dan pemandu treler berusia 28 tahun yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital sama untuk rawatan kecemasan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#lebuh raya pasir gudang
#Johor Bharu
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan