awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas buta terperangkap sendirian ketika banjir diselamatkan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/10/2021
16:22 MYT
Warga emas buta terperangkap sendirian ketika banjir diselamatkan
Halijah berjaya diselamatkan anak saudaranya, Muhd Ridzuan yang datang dengan menaiki bot bomba. - Foto ihsan bomba
ALOR SETAR: Seorang nenek Orang Kurang Upaya (OKU) buta terperangkap di tingkat atas rumahnya di Kampung Kotan, Mukim Jabi dalam kejadian banjir kilat kira-kira jam 4 petang Sabtu.
Sewaktu kejadian Halijah Taib, 76, bersendirian sementara anak dan cucunya tiada di rumah.
Menurut anak saudara, Muhd Ridzuan Saad, 44, dia bimbangkan keselamatan ibu saudaranya yang mengalami masalah penglihatan kerana dia tinggal seorang diri ketika kejadian.
Halijah berjaya diselamatkan Muhd Ridzuan yang datang dengan menaiki bot bomba.
Katanya, dia dimaklumkan paras air naik agak tinggi dan ibu saudaranya ketika itu duduk di tingkat atas rumah.
Menurut Halijah, ketika kejadian dia berasa bimbang dan takut kerana dengar deruan air laju memasuki bahagian bawah rumahnya.
Sementara itu, menurut seorang penduduk Rosli Said, 53, dua hari lalu rumahnya telah dinaiki air dan kali ini paras air setinggi dua meter.
Ketika air sedang naik dia berada bersama isteri, Hasnah Mohd Noor, 50, mengalami penyakit lumpuh separuh badan tidak sempat memindahkan peralatan rumah ke tempat selamat.
"Sebelum malam kelmarin tu air dah naik tapi tak tinggi, lebih kurang dalam sekaki tetapi malam tu air naik naik cepat tak sampai setengah jam," kata Rosli.
Seorang lagi mangsa Mohammad Shuib, 54, berkata dia hanya sempat mengalihkan kenderaan ke tempat selamat dan mengarahkan isteri serta anaknya keluar dari rumah ke tempat selamat.
"Saya tengok air naik, hujan lebat, simpan kereta, motor bila pusing balik tengok air dah naik," katanya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, seramai 16 mangsa dari tiga keluarga berjaya dipindahkan ke tempat selamat.
Kesemua mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat itu dipindahkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Alor Setar menggunakan sebuah bot aluminium.
Katanya, kejadian banjir itu juga mengakibatkan jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang terputus dan terpaksa ditutup sementara.
Topic Berkaitan
#banjir
#Alor Setar
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan