KOTA KINABALU: Kluster Kampung Penangah di Tongod yang dilaporkan semalam, dicetuskan seorang petani lelaki warga emas berusia 76 tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Masidi berkata, lelaki yang merupakan kes indeks kluster berkenaan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan masalah kulit, dan telah pergi ke Sandakan pada 12 Ogos untuk mendapatkan rawatan penyakit kulitnya, sebelum dikesan positif COVID-19 Klinik Kesihatan Penangah pada 17 Ogos lepas.
"Siasatan lanjut mengesan 14 kes positif dalam kalangan kontak rapat di sekitar kediaman kes indeks, dan setakat hari ini jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 35 kes, termasuk 15 kes baharu hasil saringan terhadap 76 individu," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 negeri berkata aktiviti siasatan, persampelan dan disinfeksi, masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko, kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung berdekatan.
Sementara itu Masidi berkata, sebanyak 2,638 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Sabah semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 121,956 kes, manakala 16 kes kematian dan 903 pesakit sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 97,031 orang.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain memaklumkan, seorang lelaki bukan warganegara berusia 57 ditemukan meninggal dunia di luar pusat pemberian vaksin (PPV) Kompleks Sukan Keningau, dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Shahrudin berkata ketika kejadian pada jam 9.30 pagi pada Ahad, Ibu Pejabat Balai Polis Daerah menerima panggilan mengenai mangsa yang rebah di bawah pokok, di luar PPV berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, mangsa berjalan kaki dari Kampung Pampang, Keningau ke PPV tersebut untuk hadir janji temu vaksin melalui aplikasi MySejahtera, mangsa duduk berehat di bawah pokok sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Masidi berkata, lelaki yang merupakan kes indeks kluster berkenaan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan masalah kulit. - Foto BERNAMA
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Mendiang Joseph Kurup sering ingatkan pemimpin tidak sombong
Seorang individu yang diberi mandat sebagai pemimpin seharusnya bersedia memikul amanah dengan baik serta tidak sombong dengan jawatan dipegang.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Tarif air domestik di Perak naik 5 sen mulai 1 Mei
Tarif baharu air bagi kategori domestik di Perak akan dinaikkan pada kadar 5 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Mei ini. Penetapan itu yang pertama selepas 18 tahun, jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.