awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas di Lembah Klang dijangka selesai suntikan dos pertama vaksin beberapa minggu lagi - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/07/2021
05:58 MYT
Warga emas di Lembah Klang dijangka selesai suntikan dos pertama vaksin beberapa minggu lagi - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas sesi lawatan di Pharmaniaga LifeScience, Taman Perindustrian Puchong Utama hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua warga emas di Lembah Klang dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 dalam masa beberapa minggu lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selari dengan keputusan untuk membenarkan kumpulan itu mendapatkan dos vaksin secara 'walk-in' atau jumpa terus di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan fasiliti kesihatan kerajaan di Lembah Klang, bermula hari ini.
"Saya percaya di peringkat klinik-klinik dan lain-lain lagi telah pun bersiap-sedia untuk menerima mereka ini supaya mereka dapat diberikan suntikan segera sama ada yang sudah berdaftar ataupun belum berdaftar," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat syarikat farmasutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di sini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata setakat 15 Julai, sebanyak 88.61 peratus daripada 3,025,275 warga emas yang berdaftar telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Mengenai bekalan vaksin pula, Perdana Menteri berkata sebanyak 12.4 juta dos vaksin Sinovac yang dipesan kerajaan akan dibekalkan sepenuhnya oleh Pharmaniaga dalam masa terdekat.
Katanya, bekalan itu akan membantu kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi negara.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin dalam kemas kini di laman Facebooknya hari ini memaklumkan seramai 6.1 juta populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang 1 Ogos ini.
BACA: Kriteria kelonggaran SOP individu lengkap dua dos diputuskan MPN minggu depan - PM
Ia melibatkan pemberian vaksin pada kadar 1.3 juta dos sehingga 25 Julai, manakala 1.3 juta dos lagi antara 26 Julai hingga 1 Ogos.
"Sehingga kini, 3.5 juta populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
"Ini adalah tindakan segera kerajaan untuk menangani kenaikan kes-kes positif secara mendadak di Selangor dan Kuala Lumpur," tulisnya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Warga emas vaksinasi
#Warga emas 'walk in'
#Pusat Pemberian Vaksin
#COVID-19
#berita hari ini
#Covid-19 Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan