awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa lakukan amang seksual terhadap dua cucu

Bernama
Bernama
02/08/2021
08:24 MYT
Warga emas didakwa lakukan amang seksual terhadap dua cucu
Lelaki yang berusia 62 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas cucunya yang berusia 10 dan lapan tahun dalam sebuah rumah di Seremban. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya.
Lelaki yang berusia 62 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas cucunya yang berusia 10 dan lapan tahun dalam sebuah rumah di Felda dekat sini, pada 11 malam antara Ogos hingga September tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Diana Md Razali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Harun manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#warga emas
#cabul cucu
#kesalahan seksual
#Kanak-kanak
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan