awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dipenjara 8 tahun liwat kanak-kanak

Salim Aziz
Salim Aziz
11/06/2020
08:31 MYT
Warga emas dipenjara 8 tahun liwat kanak-kanak
Shafie Osman, 62, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Gambar/ Astro AWANI
Seorang warga emas dihukum penjara lapan tahun serta tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kulim pada Rabu, kerana meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, pada Oktober 2019.
Hakim Musyiri Peet membuat keputusan itu selepas Shafie Osman, 62, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak terbabit tanpa kerelaannya di dalam tandas dewan serba guna di sebuah kampung di Kulim, sekitar jam 2 petang pada 27 Oktober 2019.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada tarikh dan di lokasi sama sekali lagi melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa pada jam 3 petang.
Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, tertuduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama di sebuah kelas berhampiran masjid di sebuah kampung di Kulim kira-kira jam 12 tengah malam pada 28 Oktober tahun lalu.
Berikutan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dengan semua hukuman berjalan secara serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Abdul Ghani dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Fieza Fazlin Fandi.
Topic Berkaitan
#dipenajra
#disebat
#dituduh
#kuli
#Kulim
#liwat
#luar tabii
#mahkamah sesyen kulim
#penjara
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan