Seorang warga emas yang terperangkap selama enam hari dalam rumah setelah diserang angin ahmar akhirnya diselamatkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dalam kejadian di sini hari ini.
Dalam insiden tersebut, mangsa, Abdullah Ibrahim, 64, dipercayai telah diserang angin ahmar dan terlantar di dalam rumahnya di Jalan Dovenby, dekat sini, sejak enam hari lepas.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Suhaimi Abd Samad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai warga emas malang itu sekitar pukul 9.25 pagi daripada orang awam.
“Setibanya kami di rumah, kami mendapati warga emas itu berada dalam keadaan lemah dan sangat tidak bermaya, malah dia juga tidak mampu menggerakkan anggota badannya.
“Pemerhatian kami mendapati bahawa mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan,”katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelasnya, anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci rumah warga emas itu sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak pegawai kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Apr 14 2018
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
Anwar sampai sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub
Sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi hari ini menziarahi seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.
70 peratus daripada 881 individu hilang upaya, kembali memandu
Program Rehabilitasi Memandu dan Menunggang Motosikal atau Return to Drive membimbing mereka yang berdepan cabaran upaya dan kesihatan.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Lakukan saringan penyakit kardiovaskular seawal 30-an, elak komplikasi kekal
Ujian saringan penyakit kardiovaskular perlu dijalankan seawal usia 30-an, mengambil kira kadar kelaziman kes penyakit tiga serangkai kini, semakin meningkat pada usia muda.
Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita Raymond Goh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.
Golongan muda perlu ambil langkah proaktif cegah strok
Strok berlaku dalam satu daripada dua cara, arteri yang disekat (strok iskemia) atau arteri pecah (strok pendarahan).
Pengarah filem Azhari Zain meninggal dunia, dikebumikan di Klang hari ini
Pengarah filem Prof Azhari Zain menghembuskan nafas terakhir pukul 12.05 tengah malam semalam selepas sembilan bulan terlantar akibat serangan angin ahmar.