awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditahan sogok ramai penjawat awam untuk dapat projek

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
22/01/2024
07:47 MYT
Warga emas ditahan sogok ramai penjawat awam untuk dapat projek
Suspek dipercayai menyogok penjawat awam sehingga puluhan ribu ringgit bagi bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan. - Gambar hiasan
MELAKA TENGAH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah kepada beberapa penjawat awam di negeri ini sebagai dorongan memperoleh projek jabatan kerajaan bernilai RM639,104 sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi selepas diminta hadir ke pejabat SPRM Melaka di Alai, di sini bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, penahanan itu dibuat ekoran suspek dipercayai menyogok penjawat awam sehingga puluhan ribu ringgit bagi bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan.
“Suspek telah merasuah penjawat-penjawat awam di pelbagai jabatan kerajaan di negeri Melaka dengan membayar belasan malahan puluhan ribu ringgit.
“Wang rasuah itu bagi memastikan syarikat suspek memperoleh kerja-kerja pembekalan di jabatan-jabatan kerajaan berkenaan,”ujar sumber tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan suspek terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam pelbagai jabatan untuk memberi keterangan.
“Rantaian kartel rasuah sebegini perlu dinoktahkan bagi mengelak kerja-kerja monopoli projek pembekalan di jabatan kerajaan di negeri Melaka ini terus berlaku.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh esok bagi mendapatkan kebenaran permohonan reman.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah projek
#jabatan kerajaan
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan