awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui mati dengan pisau terpacak di leher

Bernama
Bernama
01/01/2015
05:43 MYT
Warga emas ditemui mati dengan pisau terpacak di leher
Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata mayat wanita berusia 79 tahun itu ditemui oleh adik lelakinya yang datang ke rumah mangsa. - Gambar Hiasan
Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan sebilah pisau terpacak di leher di sebuah rumah flat di Jalan Hospital, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata mayat wanita berusia 79 tahun itu ditemui oleh adik lelakinya yang datang ke rumah mangsa kira-kira pukul 11.30 malam.
Beliau berkata mangsa yang tinggal bersendirian sejak empat tahun lepas ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan percikan darah di bilik tidur rumahnya.
"Adik lelakinya yang datang ke rumah mendapati pintu rumah tidak berkunci dan menemui mayat kakaknya di salah satu bilik rumah itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 15 anggota polis yang terjejas banjir dari lima daerah di negeri ini di sini, hari ini.
Osman berkata motif kejadian masih belum diketahui dan akan disiasat dari semua sudut.
Katanya mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#ketua polis
#osman salleh
#Perak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan