awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dituduh perdagang wanita asing

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2017
06:24 MYT
Warga emas dituduh perdagang wanita asing
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas lapan tuduhan termasuk empat tuduhan pilihan memperdagangkan empat wanita warga Vietnam dan China bagi tujuan eksploitasi seksual, Ogos tahun lalu.
Tertuduh Lie Haa, 73, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Empat pertuduhan utama ialah melakukan eksploitasi seksual terhadap tiga wanita warga Vietnam iaitu Nguyen Thi Thuy Lin, Lee Thi Thuy Trang, Lee Thi Ngoc Thao dan seorang wanita warga China Wang Li yang berumur antara 24 dan 44 tahun.
Bagi empat pertuduhan pilihan pula, didakwa sebahagian pendapatan hidupnya adalah hasil daripada aktiviti persundalan mangsa-mangsa berkenaan.
Kesemua kesalahan dilakukan di No C-2, Kampung Pahang, Jalan Pahang di daerah Batang Padang, pada jam 11 malam, 1 Ogos lalu.
Bagi empat pertuduhan utama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 manakala bagi pertuduhan pilihan pula mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan.
Setiap kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda.
Norita membenarkan Lie Haa diikat jamin sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kes akan disebut semula 19 Januari ini.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Nurul Azriah Zaid.
Topic Berkaitan
#eksploitasi
#migran
#pemerdagangan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan