NATIONAL
Warga emas hilang di Sungai Kanowit ditemukan lemas

Mayat Chong Yik Teck ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi perahunya ditambat. -APM Julau
SIBU: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas turun memeriksa pukat di Sungai Kanowit, Nanga Julau pada Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang warga emas, Chong Yik Teck, ditemukan lemas di Sungai Kanowit selepas dilaporkan hilang ketika memeriksa pukat.
- Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki, Awang Indera Awang Mahmud, yang terjatuh dari bot ekspres di muara Sungai Paloh masih diteruskan.
- Mayat Chong Yik Teck ditemukan oleh penduduk rumah panjang kira-kira lima kilometer dari lokasi perahunya yang ditambat.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, operasi hari ketiga bermula pada 8 pagi tadi dengan menggunakan lapan perahu milik penduduk rumah panjang.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh dari sebuah bot ekspres di muara Sungai Paloh, Bahagian Mukah, pada Sabtu lepas masih diteruskan.
Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot terbabit kira-kira pukul 1.20 tengah hari.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami