awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut akibat letupan bom buatan sendiri

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
09/02/2024
23:00 MYT
Warga emas maut akibat letupan bom buatan sendiri
Mangsa yang berusia 60an itu ditemui mati di kawasan bangunan sarang burung walet di Kampung Bukit Kuah. - Foto PDRM
KUALA KRAI: Seorang lelaki warga emas berbangsa Cina ditemui mati dipercayai akibat letupan bom buatan sendiri pada Jumaat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, lelaki yang berusia 60an itu ditemui di kawasan bangunan sarang burung walet di Kampung Bukit Kuah, Pemberian, Manek Urai pada jam 8.25 pagi Jumaat.
Hasil siasatan awal polis memdapati mangsa telah memasuki kawasan bangunan sarang burung dengan memotong pagar di bahagian belakang bangunan.
Mangsa dipercayai telah mengeluarkan objek disyaki bom tangan buatan sendiri bagi meletupkan pintu hadapan bangunan sarang burung walet berkenaan.
Muhammad Zaki bagaimanapun berkata secara tiba-tiba bom tersebut telah meletup dan mengenai mangsa.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.
Pihak polis juga memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa merupakan bekas kontraktor binaan yang diupah oleh pemilik bangunan sarang burung tersebut.
Terdapat pertikaian hutang di antara pemilik bangunan dan mangsa yang didakwa masih belum menerima bayaran upah dari pemilik bangunan sehingga menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati mangsa.
Beliau berkata pihak polis turut menemui 5 unit bom buatan sendiri, masing masing 3 unit bom jenis besi dan 2 unit bom jenis PVC.
Antara bom tangan buatan sendiri yang ditemui di tempat kejadian. - Foto PDRM
Antara bom tangan buatan sendiri yang ditemui di tempat kejadian. - Foto PDRM
Satu unit bom jenis besi dipercayai telah meletup mengenai mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.
Pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#bom tangan
#burung walet
#muhammad zaki harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan