awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut digilis lori

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2022
23:15 MYT
Warga emas maut digilis lori
Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong-Ayer Hitam, Batu Pahat. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal diboncengnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam dekat sini, pada Rabu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan wanita berusia 66 tahun itu yang beralamat di Simpang Renggam meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan kejadian berdekatan kawasan Parit Hamid itu pada jam 11 pagi.
"Siasatan mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama iaitu dari Ayer Hitam menuju Batu Pahat.
"Semasa membonceng, mangsa telah terjatuh di atas bahu jalan sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.
"Wanita itu terjatuh dipercayai selepas hilang imbangan kerana sebelah kakinya kudung," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Beliau berkata, bagaimanapun suami wanita tersebut yang berusia 64 tahun iaitu penunggang motosikal tersebut serta pemandu lori berkenaan terselamat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#digilis lori
#Jalan Yong Peng-Ayer Hitam
#Ismail Dollah
#sebelah kaki kudung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan