awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dilanggar tiga kenderaan di Lebuhraya SPDH

Bernama
Bernama
12/12/2025
04:55 MYT
Warga emas maut dilanggar tiga kenderaan di Lebuhraya SPDH
PORT DICKSON: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun maut selepas dilanggar tiga kenderaan dalam insiden di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Maslan Udin berkata mangsa menunggang motosikal jenis SYM BX110 dari arah Seremban menuju ke Port Dickson sebelum dilanggar sebuah Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah belakang pada 6.15 pagi.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar dua lagi kenderaan iaitu Nissan Grand Livina yang dipandu wanita berusia 32 tahun dan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 36 tahun, yang datang dari arah sama.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayatnya kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Maslan berkata semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Senawang bagi pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#dilanggar tiga kenderaan
#Lebuhraya SPDH
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan