awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut ditikam anak saudara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/07/2021
13:05 MYT
Warga emas maut ditikam anak saudara
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, suspek yang berusia 32 tahun ditahan tidak lama selepas kejadian itu. - Gambar hiasan
TANGKAK: Seorang warga emas maut ditikam anak saudara lelakinya dipercayai akibat perselisihan faham dalam kejadian di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan termasuk muka dan kepala menggunakan sebilah pisau.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, suspek yang berusia 32 tahun kemudian ditahan tidak lama selepas kejadian itu.
“Pihak polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan abang iparnya telah ditikam di bahagian muka, kepala dan badan menggunakan pisau oleh suspek.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati berlaku perselisihan faham antara kedua-dua mereka yang tinggal serumah sejak kecil sebelum tangkapan terhadap suspek dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ujar Mohd Fadhil, polis turut merampas sebilah pisau di tempat kejadian yang dipercayai digunakan oleh suspek terbabit.
“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah serta satu rekod berkaitan dadah," tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditikam
#Perselisihan Faham
#Melaka
#Kampung Serom 3
#sungai mati
#Dadah
#Tangkak
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan