awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut, isteri cedera kereta rempuh lori balak

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2024
03:20 MYT
Warga emas maut, isteri cedera kereta rempuh lori balak
Keadaan kereta dan lori balak yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Jelatok, Pasir Mas. -Sinar Harian
TANAH MERAH: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah lori balak di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Jelatok di sini pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Tan Ah Wang, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori balak.
  • Isterinya, Kang Bee Siau, 66, mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan.

Dalam kejadian itu mangsa, Tan Ah Wang, 71, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kaki, sementara isterinya, Kang Bee Siau, 66, cedera ringan di tangan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori balak itu pada jam 6.45 pagi.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila lori terbabit dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas telah berhenti untuk memasuki simpang kanan.
"Semasa lori membelok ke kanan telah datang sebuah kereta yang dipandu mangsa dari arah Pasir Mas menghala ke Tanah Merah lalu merempuh muatan balak terbabit di bahagian tayar belakang sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut warga emas berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya yang cedera dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.
Ujarnya, manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Tanah Merah-Pasir Mas
#lori balak
#Tan Ah Wang
#Kang Bee Siau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan