Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 10 Jalan Keningau-Tenom, petang Sabtu.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Tinsim Petek, 69, meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.
Terdahulu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Waja itu sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Revo di lokasi kejadian.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.51 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dengan kekuatan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini melibatkan sebuah kereta bertembung dengan pacuan empat roda dan seorang mangsa iaitu pemandu Proton Waja meninggal ketika dikejarkan ke hospital.
"Tiga lagi individu iaitu pemandu dan penumpang Toyota Revo tersebut hanya mengalami cedera ringan," katanya.
Menurut beliau operasi itu ditamatkan pada jam 4.17 petang.
Ruzaini Zulkepli
Sat Nov 09 2019


Imuniti Kelompok | Mampu lindungi kumpulan berisiko
Imuniti kelompok juga boleh dicapai apabila 50 hingga 60 peratus populasi divaksinasi. Namun, ia bergantung kepada pola jangkitan semasa.

Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.

Kes Bunuh Khashoggi | Presiden AS umum pendirian Isnin ini
Presiden Joe Biden akan buat pengumuman berhubung dasar luar negara itu dengan Arab Saudi Isnin ini. Ini susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan Putera Mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pakej bantuan AS$19 trilion
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan pandemik COVID-19 bernilai 1.9 trilion dolar amerika bagi membantu rakyat negara itu. Undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang.

Rampasan Kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera. Dalam ucapan penuh emosi, Kyaw Moe Tun berkata tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik.

COVID-19: Sekatan bersiar-siar di pantai dikuat kuasa
Penduduk di Nice, Perancis tidak dibenarkan bersiar-siar di tepi pantai sepanjang hujung minggu. Ia selepas kerajaan melaksanakan sekatan sementara di beberapa kawasan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej rangsangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Menteri Luar mulakan lawatan rasmi ke Brunei hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej ransangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kongres FAM: Hamidin kekal penggal 2021-2025
Datuk Hamidin Mohd Amin bakal terus diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tempoh lima tahun lagi.

Warga emas maut kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 10 Jalan Keningau-Tenom, petang Sabtu.