SETIU: Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 72 Kampung Apek, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.56 petang itu, mangsa, Abdullah ismail, 65 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu Abdullah dari Kampung Buluh menghala ke Bintang, hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Insiden itu menyebabkan kereta mangsa bertembung dengan Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berumur 26 tahun.

Akibat pelanggaran tersebut, wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen l 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.