awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Hoki: Bukan salah Sarjit Speedy Tigers gagal mara separuh akhir - Subahan
MALAYSIA
Rang Undang-undang Warga Emas dibentang tahun depan - Nancy
BISNES
KWAP muktamadkan 12 rakan kongsi am di bawah peruntukan Dana Pemacu berjumlah RM6 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Warga emas maut, kereta bertembung dengan lori

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
11/07/2019
11:17 MYT
Warga emas maut, kereta bertembung dengan lori
Kejadian jam 8.10 pagi itu menyebabkan Rokiah Hassan, 72, dari Felda Chini 1 maut akibat kecederaan parah di kepala. - Foto ihsan bomba
Seorang warga emas wanita maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 19 Jalan Chini-Kuantan dekat Kampung Batu Gong, di sini hari ini.
Kejadian jam 8.10 pagi itu menyebabkan Rokiah Hassan, 72, dari Felda Chini 1 maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Felda Chini 1 ke Hospital Muadzam Shah, Rompin.
"Namun sampai di tempat kejadian, Perodua Alza yang dipandu oleh suami mangsa, Che Mat Lateh, 70, dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang ketika itu ingin membelok masuk ke Kampung Batu Gong.
"Pertembungan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya mengalami kecederaan parah di muka," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, dua lagi penumpang Perodua Alza yang juga rakan mangsa, Jamilah Sahari, 63, patah di bahu kanan manakala Khadijah Ausni, 64, tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Katanya, siasatan lanjut kejadian ini masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Che Mat Lateh
#Felda Chini 1
#Jalan Chini-Kuantan
#Jamilah Sahari
#Kampung Batu Gong
#kereta rempuh lori
#Polis Daerah Pekan
#Rokiah Hassan
#warga emas kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami