awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2024
21:30 MYT
Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lagi motosikal di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Jelor berhampiran Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah lagi motosikal dinaiki dua remaja perempuan dalam kejadian di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Jelor berhampiran Kampung Gong Serapat di sini semalam.
Mangsa, Aeshah Awang, 71, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala salah seorang remaja berusia 14 tahun yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu kira-kira jam 3.50 petang.
"Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian, wanita warga emas dan dua remaja terbabit datang dari arah Pasir Puteh menghala ke Jelor.
"Setiba di lokasi, mangsa dipercayai membelok ke kanan untuk masuk ke simpang. Kemudian, motosikal dinaiki dua remaja terbabit yang datang dari arah belakang telah melanggar motosikal mangsa di bahagian sisi sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut, warga emas terbabit telah mengalami cedera parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.
Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.
Zaizul Rizal memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil atau menghubungi talian 016-5072413 untuk membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Pasir Puteh
#warga emas
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan