awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut terjatuh dalam gaung ketika mendaki

Radhi Muslim
Radhi Muslim
14/08/2022
23:00 MYT
Warga emas maut terjatuh dalam gaung ketika mendaki
Anggota bomba membawa mangsa turun ke lokasi selamat dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan bomba
SANDAKAN: Seorang warga emas maut apabila tergelincir ke dalam gaung ketika mendaki di Bukit Taman Mawar, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki yang berusia 70 tahun itu cedera parah sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 6.20 petang.
Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam gaung dari ketinggian 6.09 meter ketika melakukan aktiviti mendaki seorang diri.
"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi membawa mangsa ke lokasi selamat.
"Namun, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi.
Menurut Jimmy, anggota bomba membawa mangsa turun ke lokasi selamat dan seterusnya menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan jam 8.35 malam," katanya.
Topic Berkaitan
#mendaki seorang diri
#jatuh dalam gaung
#warga emas
#bonba Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan