awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel

Bernama
Bernama
02/02/2025
08:25 MYT
Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel
Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berdekatan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 pagi. - Gambar/ Bernama
KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas mengalami melecur di bahagian belakang badan dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Kampung Lahar Ikan Mati, di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.18 pagi.
"Sebaik bomba tiba di tempat kejadian, mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel berkeluasan 22.3 meter persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus.
"Kebakaran turut melibatkan beberapa buah kereta dan terdapat seorang mangsa lelaki berumur 64 tahun yang melecur pada bahagian belakang badan dan mangsa menerima rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berdekatan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 pagi.
Mohamad Shoki berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran bengkel
#warga emas
#kampung lahar ikan mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan